Write For Us

'Tapi mereka datang bukan kerana persahabatan...'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
159 Views
Published
Ada pemimpin negara asing datang ke Malaysia bukan atas dasar persahabatan tetapi kerana sesuatu yang 'diberikan' oleh perdana menteri kepada mereka, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad.
Meskipun tidak menyebut nama pemimpin berkenaan, beliau dipercayai merujuk kedatangan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dari Arab Saudi bersama delegasi 600 anggota.
Mahathir dalam satu majlis anjuran BERSATU di Sungai Buloh malam tadi, menyerang Datuk Seri Najib Razak dengan menyentuh isu derma yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya.
Sementara itu, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud melakukan lawatan ke Malaysia dari 26 Februari hingga 1 Mac bagi memperkukuh kerjasama dalam beberapa bidang berkaitan, termasuk isu kuota haji yang akan menjadi agenda utama.
Ini juga merupakan lawatan sulung Raja Salman atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment