Kerajaan Selangor perlu menarik balik cadangan pemansuhan status Hutan Simpan Kekal (HSK) bagi Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
Hutan simpan itu sudah menjadi khazanah Orang Asli sejak tiga generasi lalu, malah itulah kampung halaman mereka kerana terdapat tujuh perkampungan Orang Asli di situ.
Setiausaha Agung Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail, berkata kawasan itu juga menjadi tempat Orang Asli memburu haiwan liar dan mengutip hasil makanan dari tumbuh-tumbuhan liar dan buah-buahan hutan bagi meneruskan kehidupan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum bantahan cadangan pemansuhan status hutan simpan itu kepada Exco Alam Sekitar,Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada Rabu, 19 Februari.
Selain Otai Reformis 1998, Naib Presiden 1 Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka), Saha Deva turut menyerahkan memorandum bantahan yang sama mewakili Peka.
Kedua-dua memorandum diterima oleh Pengarah Perhutanan Selangor, Mohd Ridzuwan Endot yang mewakili Loy Sian.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment