Write For Us

Tegang...di himpunan 'tangkap Jho Low'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Himpunan 'tangkap Jho Low' di Kuala Lumpur sedikit tegang apabila Polis cuba untuk menarik aktivis pelajar Luqmanul Hakim dan Asheeq Ali.
Anggota polis dilihat menarik Luqmanul dan Asheeq Ali untuk "berbincang", manakala pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisamy cuba berunding dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah.
Penyokong melonjak ke arah pemimpin pelajar itu tetapi ditolak balik oleh polis. manakala orang ramai yang menunggu terus melaungkan, "Tangkap Jho Low".
Perhimpunan itu diadakan untuk menggesa penangkapan ahli perniagaan Low Taek Jho, yang merupakan tokoh penting dalam penyiasatan terhadap pengubahan wang haram di Amerika Syarikat dan dinamakan dalam siri saman pelucuthakan yang berkaitan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment