Kekecohan berlaku di majlis doa selamat ulang tahun ke 72 Umno selepas sekumpulan anggota Pemuda Umno 'menghalau' seorang lagi anggota akar umbi parti itu yang menuntut kepimpinan utama parti bertanggungjawab atas kekalahan parti itu pada pilihan raya ke-14.
Sekitar 30 pemuda mensasarkan anggota Pemuda Umno, Mohamad Taqiuddin Halim yang awalnya memberitahu wartawan bahawa semua pemimpin Umno di atas usia 60 tahun patut memberi laluan kepada pemimpin muda untuk mereformasikan parti itu.
"Mewakili Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, saya ingin bersuara bahawa semua pemimpin parti yang terlibat patut bertanggungjawab, jangan hanya menuding jari kepada presiden parti Datuk Seri Najib Razak," kata Taqiuddin ditemani kira-kira sepuluh orang penyokongnya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment