Write For Us

Tembak pengedar dadah tak sesuai di Malaysia - Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Malaysia tidak boleh meniru atau menggunakan acuan negara lain dalam memerangi masalah narkotik dan penagihan dadah di negara ini.
Beliau berkata acuan yang digunakan negara seperti Filipina yang membenarkan pegawai penguat kuasa undang-undang menembak pengedar dadah tidak sesuai digunakan di negara ini dalam menangani masalah berkenaan.
"Dalam hal ini, saya setuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri (Datuk Nur Jazlan Mohamed) semalam...di mana kita tidak boleh guna acuan negara lain untuk direlapaksakan penggunaannya di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri hari ini.
Ahmad Zahid berkata Malaysia mempunyai cara tersendiri dalam memerangi dadah termasuk melalui penubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia yang melakukan pencegahan dan penguatkuasaan, manakala Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertindak melakukan pemulihan dan pendidikan terhadap penagih.
Kedua-dua agensi ini menjalankan peranan dengan cara tersendiri sambil dibantu oleh beberapa pihak lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Kawalan Sempadan, katanya.
- Kerajaan tolak cadangan tembak pengedar dadah
Semalam, Nur Jazlan memberitahu persidangan Dewan Rakyat kerajaan tidak bercadang membenarkan pegawai penguat kuasa undang-undang menembak pengedar dadah seperti yang berlaku di Filipina kerana sebarang pindaan undang-undang bagi membenarkan tindakan itu diambil di negara ini adalah bertentangan dengan norma perundangan dan dasar antarabangsa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment