Write For Us

Tempoh reman disambung

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
158 Views
Published
Tempoh reman ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang ditahan kerana mengemukakan tuntutan palsu bagi pembekalan geotube (penggalian) disambung dua hari lagi bermula esok.



Perintah itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.



Turut disambung reman anak lelaki Tan Sri itu selain seorang pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan seorang pesara JPS.



Bagaimanapun, dua pegawai JPS yang disiasat berhubung kes sama dibebaskan dari tahanan reman hari ini.



Tan Sri berkenaan bersama lima yang lain ditahan reman selama enam hari sebelum ini bagi membantu siasatan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment