Write For Us

TEMUBUAL BERSAMA MIERUL AIMAN PELAKON UTAMA DRAMA W: TWO WORLDS VERSI MALAYSIA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
33 Views
Published
Berkampung' di gimnasium, berlatih tinju, menjaga pemakanan dan stamina adalah rutin dilakukan pelakon meningkat naik, Mierul Aiman untuk drama aksi terbaru lakonannya, W: Two World.
Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman berkata, dia melakukan perkara itu sepanjang penggambaran siri arahan Datuk Yusry Abdul Halim itu.
"Saya juga perlu menjaga rutin pemakanan bagi mengekalkan berat badan yang ideal dan pergerakan badan ketika berlakon berjalan dengan lancar," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran W : Two World, di sini.
Berkongsi lanjut mengenai latihan sebelum berlakon, Mierul memaklumkan dia turut melalui proses latihan menggunakan senjata dan pergerakan aksi selama sebulan supaya tidak kekok ketika penggambaran.
"Setakat ini saya tidak menggunakan 'stuntman' kerana saya mahu menggunakan tenaga dan semangat saya sendiri sementara masih ada kudrat," katanya.
Menurut Mierul, sejak kecil dia sudah memasang niat berlakon watak aksi yang energetik dan taktikal.
"Filem aksi pertama yang saya suka menonton adalah Apocalypto. Ia menampilkan jalan cerita menarik lebih-lebih lagi watak hero itu sendiri menyampaikan mesej pengorbanan.
"Ia filem yang memberi kesedaran bahawa watak aksi adalah jiwa saya selain dapat mengembangkan bakat lakonan," katanya.
Menurut Mierul, dia sangat teruja apabila ditawarkan watak sebagai pengawal peribadi dalam drama aksi itu.
"Apabila saya mendapat skrip drama ini, saya membacanya sepintas lalu dan terus jatuh cinta kerana watak inilah yang saya tunggu selama ini," katanya.

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment