Write For Us

TEMUBUAL BERSAMA SHAROL KAMAL, ADA HALA TUJU BERSAMA BAND DUNYA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
28 Views
Published
HASRAT penyanyi Sharul Kamal yang ingin menubuhkan sebuah band muzik akhirnya tercapai dengan DUNYA.
Ujar Sharul atau nama penuhnya Muhammad Sharul Amin Kamarozaman,24, dia sudah lama menyimpan impian untuk membuat bergerak dengan sebuah kumpulan.
“Idea nak menubuhkan band ini sudah lama, saya memang teringin nak buat persembahan atas pentas bersama band sebab sebelum ini saya pernah ikut Drama Band dan Akim & The Majistret sebagai kru.
Banyak yang saya belajar mengenai band. Dari situ saya mengumpul segala semangat dan ilmu daripada mereka selama beberapa tahun untuk saya nak menubuhkan band.
“Cuma sebelum ini masa tak sesuai dan rezeki pun belum sampai. Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan saya tahun lepas ketika berjumpa penyanyi Stacy. Lagi pula saya sudah bergerak solo lebih kurang enam tahun sejak keluar AF2015.
“Jadi saya berasakan kena buat sesuatu yang lain. Bukan saja konsep, tapi dari segi muzik yang nak dibawa juga kena baru. Itu yang tercetusnya idea nak menubuhkan band DUNYA,”
Sharul berterima kasih kepada pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy yang merupakan pemilik syarikat rakaman Rhythm & Rhyme Entertainment yang menjadi tulang belakang penubuhan DUNYA.
“Ketika itu masih belum ada lagu, baru ada idea nak buat band saja. Saya pun kuatkan hati cakap pada Stacy. Kebetulan dia bersetuju sebab dia ada perancangan sama untuk saya. Jadi kami mula mencari dan kumpul anggota kumpulan.
“Alhamdulillah selepas pelbagai dugaan dan rintangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terhasillah lagu Kuala Lumpuh dan dapat juga menyiapkan video muzik.
“Bukan sebab tengok orang lain ada band, saya nak ada band juga, tidak. Sebelum ini saya pernah bekerja dengan band lain, jadi saya dapat rasa kena ada sesuatu atau geng.
“Lagi pun saya ingat lagi kata-kata bekas pengetua AF 2015, Edry Abdul Halim, dia pernah cakap karakter saya lebih sesuai dengan band. Masa itu saya masih lagi kosong dalam bidang ini dan kurang memahami apa yang disampaikan.
”Tetapi ia tidak bermaksud saya tidak lagi bergerak solo. Cuma buat masa ini saya nak fokus pada band. Andai kata ada projek solo, saya tetap akan buat,” akhirinya.
Selain Sharul selaku vokalis, band itu turut dianggotai oleh Tuah Johari (bass) dan Odot (Dram).
Single pertama dan video muzik rasmi lagu Kuala Lumpur sudah dilancarkan secara rasmi pada 17 September lalu di saluran YouTube Rhythm and Rhyme Entertainment.

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment