Barisan pemuzik orkestra dan band pimpinan pengarah muzik tersohor, Mac Chew bakal iringi seleksi 33 buah lagu hits selama 2 jam setengah
Bermula dengan kejayaan konsert solo pertama ‘A Night With Aina Abdul’ 1.0 (‘ANWAA’) pada tahun 2021 dan diikuti dengan penganjuran edisi kedua tahun lalu, penyanyi berimej estetik, Aina Abdul yang juga merupakan pemilik trofi vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu selama dua tahun berturut-turut kini terus mengorak langkah cemerlang apabila berjaya merealisasikan impian untuk mengadakan konsert solo berskala besar menerusi acara ‘ANWAA’ 3.0 yang akan bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil pada 18 November kelak.
Menerusi konsert penuh gilang-gemilang anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) yang turut menyaksikan Aina Abdul Entertainment (AAE) selaku penganjur bersama ini, Aina Abdul bakal mempersembahkan rangkaian 33 buah lagu hits termasuk medley bertemakan gabungan genre moden serta irama klasik yang akan diiringi oleh barisan pemuzik profesional orkestra dan band di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor iaitu Mac Chew.
Buat julung kalinya juga, kolaborasi strategik yang terjalin di antara pihak PRIHATIN dan AAE menerusi penganjuran bersama konsert ‘ANWAA’ 3.0 pada kali ini turut menyokong inisiatif untuk menggerakkan misi mengumpul dana dengan menyalurkan sebahagian daripada hasil jualan tiket kepada Tabung Kasih PRIHATIN khusus bagi kegunaan dan manfaat pendidikan pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori B40 dan asnaf di peringkat institut pengajian tinggi.
Dalam pada itu, penganjuran konsert ’ANWAA’ 3.0 ini juga disokong oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital menerusi MyCreative Ventures serta turut diserikan dengan kehadiran B De Paris selaku Rakan Pengurusan Konsert, ERA & SINAR selaku Radio Rasmi, GEMPAK selaku Rakan Digital Rasmi dan ticket2u selaku Platform Jualan Tiket Rasmi.
Tiket untuk menyaksikan konsert ANWAA’ 3.0 akan mula dijual dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM388 (VVIP) dan RM488 (MIP) bermula 15 September 2023 di www.ainaabdul.my
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!
???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ
❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey
MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe
EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]
MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment