Write For Us

Tentera laut AS ketuai nyanyi lagu 'Negaraku'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
162 Views
Published
Kapal pengangkut ekspedisi Tentera Laut Amerika Syarikat "USNS Fall River" berlabuh di Pelabuhan Klang sehingga Rabu untuk lawatan muhibah sebagai sebahagian daripada Latihan Kerjasama Pasifik 2017 (PP17).
Latihan itu merupakan acara kerjasama tentera pelbagai hala antara Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Korea Selatan dan Jepun untuk meningkatkan persefahaman bersama antara negara dan bertukar pengalaman dalam bentuk latihan.
USNS Fall River Tiba di Pusat Pelayaran Boustead, di sini kira-kira 2 petang pada Sabtu bersama 104 kru yang terdiri daripada pelaut awam, doktor tentera, jurutera sivil dan kakitangan sokongan pelbagai perkhidmatan.
Pada upacara perasmian eksasais PP17 di atas kapal itu, Panglima Angkatan Bersama Malaysia, Leftenan jeneral Datuk Fadhil Mokhtar berkata skop luas latihan akan memberi manfaat secara berterusan kepada sektor tentera Malaysia, masyarakat setempat dan mengerat hubungan antara negara.
USNS Fall River akan meneruskan latihan PP17 ke Kuching dan Kuantan.
Kapal tersebut juga akan singgah di Vietnam sebelum menamatkan misi latihan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment