Write For Us

Terbaik cikgu!

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Murid yang dulunya pendiam dan cuma tunduk sewaktu sesi soal jawab kini lebih aktif di dalam kelas malah dialah yang pertama mengangkat tangan.
Itu kata Nor Azizah Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Cikgu Gja, 34.
Video Cikgu Gja mulai tular di media sosial selepas guru Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris di Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu memuat naik rakamannya di Facebook ketika dia menanda buku ganjaran yang disediakan atas inisiatif sendiri untuk menyuntik nilai positif dalam kalangan muridnya.
Menurut Cikgu Gja, idea untuk menggunakan buku ganjaran itu timbul susulan kaedah seumpamanya dikongsi seorang guru lain di media sosial tahun lalu.
Melakukan sedikit penambahbaikan pada idea asal mengikut kesesuaian latar belakang murid di sekolahnya, Cikgu Gja berkata, tujuannya hanyalah untuk menyuntik semangat belajar serta disiplin murid sewaktu menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP).
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment