Write For Us

TERBONGKAR! Rupanya Ini Alasan & Sebab Sajat Tidak Dapat Hadir Ke Mahkamah, Waran Tangkap Lambat?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Usahawan dan selebriti kontroversi, Nur Sajat mendakwa dia mempunyai alasan kukuh tidak menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya di mahkamah pada 23 Februari lalu. Katanya, dia tidak berniat mengelak hadir ke mahkamah namun terpaksa berbuat demikian atas masalah kesihatan. Sajat turut mendakwa, dia mempunyai surat doktor sebagai pengesahan.
“Saya tak sihat, muka dan anggota badan saya tiba-tiba menjadi bengkak akibat alahan makanan. Surat pengesahan doktor pun saya ada kalau tidak percaya,”
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat susulan dia gagal hadir ke mahkamah bagi prosiding sebutan semula kes berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Menurut Peguam Syarie Zuri Zabuddin Budiman yang mewakili Sajat, mahkamah telah menetapkan tarikh baharu pada 1 Jun depan berikutan ketidakhadiran anak guamnya
Selain itu, kata Sajat, dia juga hairan mengapa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih belum memberi dan menghantar laporan penuh berhubung pertuduhan yang dibuat ke atasnya.
Menurutnya, hal itu berlaku sejak 23 Februari 2018.
Disebabkan hal itu kata Sajat, dia berasa tidak puas hati selain mengaku masih trauma dengan apa yang terjadi ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat Jais bulan lalu.
Sajat menjelaskan, dia berasa seperti dibuli kerana mendakwa tidak diberikan hak sebagai rakyat negara ini.

https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw - My Vlog
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
NEELOFA, TARIKH KAHWIN, PU RIZ
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment