Write For Us

Teresa jawab dakwaan Jamal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
142 Views
Published
Ahli Parlimen DAP-Seputeh, Teresa Kok menafikan dakwaan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos bahawa beliau telah menyeleweng dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang diuruskan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Teresa berkata semua rekod pemberian wang ehsan kepada waris si mati merupakan warga Selangor telah disimpan baik oleh pejabat Daerah.
Jelasnya, sistem pemberian wang ehsan di bawah pelbagai skim kebajikan kepada warga Selangor telah dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan Selangor.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Teresa juga tidak teragak-agak akan melantik peguam untuk menyaman Jamal kerana fitnah.
Kata Teresa, tuduhan palsu dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya menunjukkan Jamal bankrap dari segi idea dan politik terhadap parti pembangkang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment