Write For Us

Terima kasih dan ingatan sudah memadai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Misi kemanusiaan Muslim Care Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh berakhir dengan penyerahan sumbangan kepada pelarian dan pelajar di Kem Kutupalong.
Apa yang lebih mengharukan apabila jururawat yang menyertai misi menerima ucapan penghargaan daripada pelarian yang menjadi peserta latihan jururawat kebidanan sejak 2 Disember lalu.
Pelarian berkenaan yang tinggal di Kem Kutupalong mengejar sukarelawan untuk bertemu jururawat yang melatihnya dan mereka saling berpelukan.
Untuk rekod, latihan diadakan selama empat hari di Kem Hakim Para yang terletak satu jam perjalanan dari situ.
Selain itu, sukarelawan juga berkesempatan melawat Hospital Medan Malaysia untuk meninjau operasi di situ sejak ia beroperasi pada 2017.
Turut serta, Ketua Jabatan Obstektrik dan Ginekologi Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Avisena (AWCSH)
Dr Fairuz A’shikin Abdul Kadir bersama dua jururawat diiringi pertubuhan bukan kerajaan tempatan.
Mohd Johari berkata, pemerhatian pihaknya mendapati, keadaan di kem adalah lebih baik berbanding beberapa tahun lalu hasil usaha NGO antarabangsa, namun banyak lagi aspek perlu diambil kira termasuk pendidikan wal kanak-kanak.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment