Write For Us

Terima kasih percayakan kami

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Pandangan dan sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan OKU menyebabkan kumpulan ini dilayan seperti golongan kelas kedua atau golongan minoriti.



Hakikatnya, ramai antara mereka memerlukan pekerjaan seperti manusia sempurna lain bagi memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka.



Namun, tidak semua syarikat, agensi atau majikan memandang rendah terhadap golongan istimewa ini.



Hal itu terbukti apabila pesakit sindrom Down, Mior Azib Mior Kamarulbaid, diterima untuk bekerja di sebuah restoran makanan segera terkenal di Bandar Tun Hussein Onn.



Abangnya, Mior Azlan Mior Kamarulbaid berkata, adiknya mula bekerja di restoran itu sejak Isnin lalu dan peluang bekerja yang diberi kepada Azib menjadikan adiknya kelihatan gembira dan lebih yakin.



Kisah adiknya yang diterima bekerja itu juga tular di laman sosial dan menerima reaksi positif oleh netizen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment