Write For Us

'Terima kasih, Rafizi'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak saranan berdebat dengan pencabarnya Rafizi Ramli.
"Saya ucapkan terima kasih kepada saudara Rafizi atas saranan tersebut tetapi saya tidak nampak kewajaran kerana ini adalah pemilihan dalam parti, ini bukan direct presidential election, where you want to get the involvement of the rakyat," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Astro Awani melaporkan Rafizi bersedia untuk berdebat dengan Azmin.
Rafizi berkata cukup memalukan jika tidak ada debat dalam pemilihan PKR kerana Umno melakukannya dalam pemilihannya yang lalu.
Manakala itu, Azmin juga menyangkal dakwaan MP PKR Abdullah Sani Abdul Hamid yang berkata Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi perdana menteri jika anggota parti mengundi Azmin sebagai timbalan presiden.
"Ini pemilihan parti, ia tidak ada kena-mengena dengan jawatan dalam kerajaan. Ia proses biasa yang kami perlu lalui setiap tiga tahun," kata Azmin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment