Write For Us

TERKINI : 18 Hospital Saringan Covid-19 di Sarawak - Noor Hisham

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
53 Views
Published
PUTRAJAYA - Sebanyak 18 buah hospital disediakan di Sarawak untuk kegunaan saringan kes Covid-19 berbanding lima buah hospital sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulah berkata, empat hospital yang dikenal pasti sebagai pusat rawatan wabak itu ialah Hospital Umum Sarawak, Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu dengan jumlah katil yang digunakan iaitu 736 buah.

Katanya,hospital-hospital itu dilengkapi dengan 63 katil rawatan kritikal dengan 112 mesin bantuan pernafasan (ventilator).

"Selain daripada itu, terdapat 5 buah fasiliti yang telah dikenalpasti sebagai pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah dengan kapasiti 901 buah katil," katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Noor Hisham memberitahu, terdapat empat buah makmal yang boleh menjalankan ujian pengesahan Covid-19 iaitu di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Miri, dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment