Write For Us

TERKINI : 88 Kes Baharu Positif Covid19 - Noor Hisham

Loading...
Google Rank
44 Views
Published
Bilangan kes Covid-19 yang didiscaj hari ini melebihi bilangan kes baru.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 121 kes yang telah pulih dan dibenarkan keluar menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,663 kes.

Bagaimanapun, sehingga pukul 12 tengahari hari ini, terdapat 88 kes baru yang dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5, 691 kes.

Katanya, sehingga kini, sebanyak 41 kes positif Covid-19 sedang dirawat
di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 18 kes memerlukan bantuan pernafasan.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment