Write For Us

TERKINI : Bekas Ketua Perisikan dan Dua Pegawai Kanan ATM Dituduh Rasuah RM3.5 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Tiga pegawai kanan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Kolonel, Brigadier Jeneral termasuk seorang Leftenan Jeneral (Bersara) dituduh atas kesalahan menyetujui, meminta dan menerima rasuah berhubung projek pertahanan berjumlah hampir RM3.5 juta di Mahkamah Sesyen Jenayah 11, Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Ketiga-tiga tertuduh adalah Kolonel Che Ahmad Idris, 54, menghadapi lima pertuduhan meminta, menyetujui menerima dan menerima rasuah, Brigadier Jeneral Mohammed Feizol Anuar Ayob, 50, menghadapi lima pertuduhan menerima rasuah dan akhirnya Leftenan Jeneral (B) Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, 59, turut dihadapkan atas tujuh dakwaan menerima rasuah.

Mahkamah membenarkan ketiga tiga tertuduh diikat jamin dengan masing-masing wang jaminan berjumlah RM80,000, RM60,000 dan RM110,000 secara berasingan bagi kesemua pertuduhan sementara menetapkan 27 November ini sebagai tarikh sebutan serentak kes mereka di Mahkamah Sesyen Jenayah 9 dan 14.

.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, rasuah
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment