Write For Us

TERKINI : Ditimpa Pelbagai Derita, Akhirnya Norziah Pasrah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
64 Views
Published
Hidup tidak lekang dengan ujian yang melanda. Ada yang belum dikurniakan zuriat walaupun menanti sejak sekian lama, jodoh yang, ditarik nikmat kesihatan selain kesempitan harta benda.
Begitulah lumrah kehidupan yang menguji kekuatan seseorang insan itu saat dilanda masalah untuk mampu bertahan atau hati mula menyalahkan takdir.
Kisah wanita berusia 66 tahun ini meruntun jiwa satu demi satu dugaan datang bertandang dan terbaru dia menanggung kesakitan di ibu jari kaki yang luka kerana menghidap kencing manis.
Bulan lalu benar-benar memberi tamparan hebat buat Norziah Tharin kerana anak keduanya, Mohamad Sharizal, 44, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) meninggal dunia kerana penyakit sawan.
Ketika ini, dia menjaga suaminya, Safar Abu dan anak ketiganya, Norhafiza, 40, yang kudung kedua-dua kaki pada tahun 2014 selepas dipotong kerana penyakit kencing manis. Norhafiza yang juga OKU sejak umur empat tahun turut hilang penglihatan.
Anak sulungnya, Mohamad Amar, 46, yang menjadi tempat bergantungnya selama ini pula mengalami masalah injap jantung tersumbat.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment