Write For Us

TERKINI : Gagal Ikat Jamin, Inspektor Polis Ditahan di Penjara Sungai Buloh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Pegawai polis berpangkat inspektor yang menghadapi lapan pertuduhan rogol dan satu kes cubaan mencabul kehormatan dua wanita Mongolia di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi tadi gagal diikat jamin hari ini.

Rentetan itu, suspek telah dibawa keluar oleh menaiki kenderaan polis dari Mahkamah Petaling Jaya untuk ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Peguambela Shah Rizal Abdul Manan mengesahkan kepada MalaysiaGazette bahawa rakan suspek yang sepatutnya hadir untuk membayar ikat jamin tertuduh berusia 30 tahun itu gagal tampil sehingga 3 petang tadi iaitu waktu terakhir untuk proses ikat jamin.

Hakim Norshila Kamaruddin memerintahkan tertuduh diikat jamin dengan wang berjumlah RM24,000 untuk kesemua lapan pertuduhan rogol dan RM3,000 untuk pertuduhan percubaan cabul dengan seorang penjamin.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment