AVA360 Advertising

TERKINI : Guan Eng, Tommy Thomas 'Lacurkan' Integriti SPRM - A’zlan Abu Bakar

Loading...
6 Views
Published
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak membuka kertas siasatan dengan segera berhubung dakwaan salah guna kuasa didakwa melibatkan bekas pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Gerakan Tuntut Malaysia (Tuntut), A’zlan Abu Bakar menegaskan, dakwaan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi adalah sesuatu yang serius.

“Kami mohon pihak SPRM mengambil tindakan secepat mungkin kerana kita tidak mahu perkara ini kemungkinan boleh dipadamkan, dihilangkan dan boleh jadi ada yang melarikan diri.

“Lebih-lebih lagi integriti SPRM sebelum ini seolah-olah dilacurkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan SPRM Negeri Selangor hari ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment