Write For Us

TERKINI : Kaedah PKPB Berkesan, Sudah Tiba Masa Untuk Buka Sektor Lain - Dr. Noor Hisham Abdullah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Lebih banyak sektor akan dibuka dalam masa terdekat dan diperluaskan termasuk aktiviti sosial serta sukan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu diputuskan selepas trend jangkitan Covid-19 dalam warganegara berkurangan biarpun kelonggaran diberi sebelum ini untuk keseluruhan sektor ekonomi dibuka ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, pengenalan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKPB turut membantu menurunkan kes jangkitan kepada satu angka.

"Dalam seminggu lagi (kes mungkin) kekal satu angka tapi kita kena pastikan tahap kepatuhan rakyat.

"Tindakan juga sudah diambil, kita sudah ada jawatankuasa untuk melihat kepatuhan dalam kalangan warga asing. Mereka juga kena patuh SOP yang digunakan," katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini, hari ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment