Write For Us

TERKINI : Kawalan Sempadan Perlu Diketat Walaupun PKP Dilonggarkan - Noor Hisham

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
PUTRAJAYA - Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan namun, kawalan sempadan tetap perlu diperketatkan.

Perkara itu dimaklumkan, Ketua Pengarah Kesihatanm Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memberitahu, sehingga kini, terdapat 251 kes import direkodkan membabitkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

"Kawalan pergerakan akan ada kelonggaran, kita sedang bincang SOP (Prosedur Operasi Standard) tertentu yang semua sektor kena patuhi dan ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

"Berbanding dengan negara lain, apabila mereka tamatkan PKP ia termasuk kawalan sempadan (ditamatkan), kita tidak tamatkan PKP lagi malah kawalan sempadan kita perketatkan lagi," katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementerainnya di sini hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment