Write For Us

TERKINI : 'Moratorium' Jangan Lambat Jumpa Bank - Tengku Zafrul

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyerahkan keputusan kepada institusi bank terbabit sama ada untuk melanjutkan tempoh moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman kewangan yang berakhir September ini.

Namun Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Tengku Abdul Aziz secara peribadi berpendapat, golongan masyarakat yang terkesan dengan wabak Covid-19 sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu diberi keutamaan untuk dibantu.

Jelas beliau, institusi bank boleh menyasarkan kepada kumpulan yang terjejas seperti hilang pekerjaan dan gaji yang dipotong untuk meneruskan tempoh penangguhan pembayaran itu.

“Ramai yang bertanya soalan ini dan kerajaan masih dan sentiasa berurusan dengan pihak bank. Secara peribadi, saya berpendapat kita tolong-menolong orang yang perlu ditolong.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment