Write For Us

TERKINI : Pastikan Vaksin Covid-19 Berdaftar, Kesan Sampingan Antara Tumpuan KKM - Noor Hisham

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Terdapat lima perkara yang perlu ditumpukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum memberikan vaksin Covid-19 kepada golongan sasaran kelak.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertama adalah memastikan vaksin yang bakal diperolehi telah didaftarkan agar dapat menjamin keselamatan rakyat yang menggunakannya. Selain itu pembekalan atau perolehan vaksin yang meliputi isu logistik dan kos.

"Paling penting adalah pendaftaran keselamatan. Kedua melihat perolehan atau pembekalan, kita libatkan melihat logistik, kos dan sebagainya bagaimana kita boleh bekalkan vaksin kepada negara kita dan pemberian vaksin tersebut," katanya ketika sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, covid19
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment