Write For Us

TERKINI : Penyelidikan Dengan China Cari Vaksin Covid-19 Masuk Fasa Kedua

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia untuk terus bekerjasama dengan pasukan pakar perunding perubatan China melakukan penyelidikan dalam mencari vaksin merawat pesakit Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini perbincangan mengenai perkara itu berjalan dengan lancar.

Katanya, ia kini sedang memasuki fasa kedua penyelidikan klinikal dan keputusan sama ada vaksin berkenaan berkesan atau sebaliknya akan diperoleh antara November atau Disember ini.

“Kita tidak mempunyai pengalaman (untuk melawan Covid-19) sama juga seperti di negara lain kerana ia merupakan virus baharu tetapi disebabkan mereka (China) dua bulan lebih awal diserang wabak ini, kita dapat berkongsi pengalaman dan melihat pelan tindakan strategik yang boleh diambil.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment