Write For Us

TERKINI : PKPD Boleh Diluaskan Di Seluruh Negeri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh diluaskan ke seluruh negeri
bukan sahaja dilaksanakan di kawasan kilang atau premis perniagaan.

Bagaimanapun, pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi fokus kepada lokaliti atau di kilang serta premis yang mempunyai kes positif Covid-19 sahaja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

"Sekiranya penularan merebak, dan bukan sahaja kilang tetapi satu kampung, mukim, daerah atau negeri itu kita akan laksanakan PKPD mengikut keperluan," katanya pada sidang media harian Covid-19, di kementeriannya di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin.

Langkah itu katanya, adalah bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.



MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment