Write For Us

TERKINI : Prabakaran Ditahan dan Dalam Siasatan Lanjut - Ketua Polis Kuala Lumpur

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
74 Views
Published
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan pihaknya telah menahan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran dan seorang lagi individu semalam kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, wakil rakyat PKR itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


“Sehubungan dengan perkara ini polis menahan dua lelaki India jam lebih kurang 4.30 petang, seorang berumur 24 tahun satu lagi 40 tahun.

“Kita tahan untuk siasatan lanjut atas dakwaan melanggar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Taman Sri Murni),” katanya ketika ditemui hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment