AVA360 Advertising

TERKINI : PUNCA Wujud Team A, Team B Sebab Kecewa Hilang Kedudukan dan Jawatan

Loading...
13 Views
Published
Sambil memberi bayangan keadaan tidak ubah seperti dua ekor ‘gajah besar’ bertelingkah antara satu sama lain, syor diberikan agar krisis dalam kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat diselesaikan.

Malah jalan terbaik adalah di meja rundingan dan bukannya berterusan menimbulkan konflik serta dakyah sehingga mencetuskan rasa tidak senang dan cemas dalam kalangan ahli parti.

Itulah kata-kata permulaan yang dilontarkan oleh Ketua Bahagian PPBM Bandar Tun Razak, Mohd Shahni Ismail ketika ditemui oleh MalaysiaGazette sebentar tadi.

Kata Mohd Shahni, beliau terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan bukan untuk terus mengeruhkan keadaan sebaliknya rasa sayang kepada parti yang kini sedang dilanda krisis kepimpinan agak parah.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment