Write For Us

TERKINI : Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 MAEPS Untuk Pesakit Bergejala Ringan Sahaja

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
69 Views
Published
Siapa sangka Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 di Dewan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang dekat sini disiapkan dalam tempoh tiga hari sahaja.

Pusat kuarantin itu juga sebenarnya hasil daripada idea Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang begitu komited dalam memerangi pandemik itu di negara ini.

Ia dibina hasil kerjasama oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan agensi kerajaan lain yang terlibat.

Jika dilihat suasana dewan besar di MAEPS itu, ia bukan sahaja nampak seperti ‘hospital sebenar’ malah dilengkapi dengan peralatan canggih serta menepati kemahuan menangani wabak pandemik yang semakin menular itu.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment