Write For Us

TERKINI : Rampasan Dadah Bernilai RM4.81 Juta Untuk Pasaran Sabah Dan Sarawak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
SHAH ALAM - Enam individu termasuk seorang dalang kepada satu sindiket pengedaran dadah untuk pasaran di Sabah dan Sarawak ditahan dalam lima serbuan berasingan pada 17 November lalu.

Penahanan lima suspek warga tempatan dan seorang warga asing berusia 34 hingga 56 tahun itu sekaligus mematikan satu rangkaian kegiatan pembekalan dadah sindiket itu yang beroperasi sejak awal tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Komisioner Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya dengan kerjasama (JSJN) Kontinjen Selangor, JSJN Kuala Lumpur dan JSJN Pahang berjaya merampas 96.93 kilogram pelbagai jenis dadah.

Dalam serbuan bermula jam 11.40 pagi hingga 2 petang Selasa itu di kediaman dan bengkel, polis menyita syabu seberat 75.99kg, ectascy (5.82kg), ketamin (1.12kg), heroin (450gram) dan erimin 5 (13.01kg) yang bernilai RM4.81 juta.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, JSJN
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment