Write For Us

TERKINI : Tiada Kematian Direkodkan Hari Ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
54 Views
Published
Jumlah kematian bagi positif Covid-19 masih kekal kepada 115 kes kerana tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Bagaimanapun menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, positif Covid-19 terus meningkat kepada 48 kes hari ini.

"Jumlah kes positif
Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,185 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,158
kes.

"Daripada 48 kes baru yang dilaporkan, 4 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar
negara. Daripada 44 kes penularan tempatan, 25 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 21 kes telah dikesan di
Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih," katanya dalam sidang media perkembangan terkini Covid-19 di KKM, hari ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment