Write For Us

TERKINI : Ubat Remdesivir Dapat Kelulusan Rawat Pesakit Positif

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
49 Views
Published
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan bahawa ubat Remdesivir telah didaftarkan dan diluluskan penggunaannya sebagai ubat antiviral baharu bagi merawat pesakit Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan ubat berkenaan masih di peringkat kajian dan sebarang laporan mengenai penggunaannya masih terlalu awal untuk diketahui.

"Remdesivir baru sahaja didaftarkan dan kita masih memantau penggunaan," katanya dalam sidang media di KKM.

Penghujung Mac lalu, Noor Hisham berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memilih Malaysia bagi menjalankan kajian menguji keberkesanan ubat itu bagi merawat pesakit Covid-19.



MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment