Write For Us

TERKINI : UGUT POLIS! Penarik Kereta Mengaku Tidak Bersalah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Seorang penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini atas tuduhan mengugut bunuh seorang anggota polis dalam kejadian pada 21 Julai tahun lalu.

Tertuduh Omar Abdul Latif, 41, yang dibawa oleh polis dengan tangan bergari dan berpakaian baju berkolar T, seluar pendek dan berselipar didakwa melakukan kesalahan itu menerusi panggilan telefon terhadap anggota keselamatan itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu jam lebih kurang 10.46 malam 21 Julai 2019 di pekarangan Balai Polis Hulu Bernam di dalam daerah Hulu Selangor.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan itu selepas kertas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza pagi ini.

Tertuduh diikat jamin dengan jumlah jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Julai sebagai tarikh melantik peguam dan serahan dokumen kes.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment