Write For Us

TERKINI : Wabak Ini Masih Wujud Jika Orang Ramai Lalai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Risiko penularan wabak Covid-19 secara mendadak di negara ini masih wujud jika orang ramai lalai dalam mengamalkan normal baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kerjasama dan komitmen daripada semua lapisan masyarakat dalam memainkan peranan masing-masing adalah sangat penting bagi memastikan wabak itu berjaya ditewaskan.

"KKM (Kementerian Kesihatan) ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pandemik COVID-19 ini belum berakhir.

"Secara global, sebanyak 187 negara terkesan dengan jumlah kes positif COVID-19 yang kini mencecah 3,343,777 dengan 238,650 kematian," katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment