Write For Us

'Terserah pada Lembaga Pengarah tentu kedudukan Isa'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Ditanya mengenai pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti siasatan kes dan menyarankan penyelesaian berhubung isu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan audit dalaman telah dijalankan.
"Pada pandangan saya, pelantikan Idris adalah untuk melihat dari segi audit pengurusan dan tentunya ada beberapa keputusan yang telah menyebabkan kerugian besar kepada FGV.
"Kita tahu sejak siasatan ini dilakukan, permodalan pasaran telah menurun harganya dan ini satu perkembangan yang tidak baik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersempena Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Pusat Latihan Polis semalam.
Ahmad Zahid berharap dengan pelantikan Idris itu akan dapat mempercepatkan siasatan terutamanya dari segi audit pengurusan dan membantu meningkatkan semula keyakinan pelabur terhadap FGV.
Menjawab soalan pemberita, Ahmad Zahid juga berpandangan pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FGV adalah dengan persetujuan Ahli Lembaga Pengarah.
Menurutnya, terserah kepada mereka untuk menentukan kedudukan Isa selepas ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan Idris, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Associates Sdn Bhd, dilantik sebagai pihak berkecuali untuk meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan penggantungan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Zakaria Arshad serta ketua pegawai kewangan (CFO) FGV dan dua yang lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment