Write For Us

"Teruskan usaha, Mario. Sila bawa saya ke mahkamah"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) mahu membawa bekas majikannya itu ke mahkamah berhubung isu gaji tertunggak.
Jurulatih asal Argentina, Mario Gomez yang membawa JDT muncul juara Piala AFC 2015 itu berkata akan 'berjumpa' di mahkamah dalam masa terdekat dan peguamnya sedang membawa kes itu ke Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
"Saya akan memberikan maklumat yang sensitif untuk diperkatakan di sini kepada FIFA" ujar Gomez kepada Mailsport.
Usaha Gomez itu mendapat respon balas pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Teruskan usaha, Mario... $$$, sila bawa saya ke mahkamah kerana saya tidak pernah merasa ke mahkamah dan saya ingin merasainya," kata TMJ dalam satu kenyataan di Facebook JOHOR Southern Tigers sebentar tadi.
Pada 27 Ogos lalu, Gomez telah menggesa JDT menyelesaikan segera tunggakan gaji beliau atau akan mengambil tindakan undang-undang jika perlu.
Gomez dan JDT berpisah beberapa hari sebelum sepak mula Liga Super 2017 bermula awal tahun ini dan tempatnya digantikan Benjamin Mora sebelum Ulisses Morais mengambil alih pada pertengahan musim.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment