Write For Us

Tg Piai : Kamu tuduh kami taliban, di belakang kamu ada komunis - Hadi

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
91 Views
Published
Presiden PAS memberitahu walau berbeza pendapat dengan MCA PRK kali perlu dimenangi calon MCA untuk memberi isyarat jelas pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bakal dimenangi BN menerusi Muafakat Nasional.
Pas menolak parti ekstrem seperti DAP yang bertindak menghentam dasar dan perjuangan parti itu meskipun berada dalam satu pakatan di bawah Pakatan Rakyat.
"Pas sebelum ini berbeza pendapat dengan MCA, tetapi kita tidak satu haluan ketika itu.
"Tidak seperti DAP hentam kita sewaktu bersama dalam PR, seolah-olah kita parti luar.
"Sebab itu, saya mahu semua faham calon MCA mewakili Pas dan BN, bukan mewakili satu kaum sahaja. Kita mesti sepakat dalam perkara kepentingan bersama, jangan izin orang tebuk bahtera kita," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam ceramah perdana BN sempena PRK Parlimen Tanjung Piai di Kampung Rimba Terjun di sini hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment