Write For Us

TH optimis pulangan hibah lebih baik untuk tahun ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Zukri Samat optimis TH mampu memberi pulangan hibah yang lebih baik untuk tahun ini berbanding kadar 1.25 peratus yang diberikan kepada pendepositnya pada tahun lalu berdasarkan prestasi semasa suku pertama yang memberangsangkan.
Katanya, pendapatan TH dijangka terus meningkat mulai suku kedua dengan penerbitan sukuk oleh syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang akan memberi pulangan hampir RM800 juta setahun.
Ia dijangka akan diterbitkan sebelum akhir bulan ini.
"(Jumlah Hibah) akan lebih daripada 1.25 peratus, berapa jumlahnya terlalu awal untuk saya katakan.
"Sebab kita baru berada di bulan Mei dan untuk saya katakan apa yang akan berlaku pada 12 bulan akan datang agak rumit tetapi cukup untuk sekadar saya katakan ia akan lebih baik dari 1.25 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Khatam Al-Quran dan TH World #QuranHour yang disertai lebih 1,000 kakitangan TH dan anak syarikatnya, di Kuala Lumpur pada Isnin.
Pada 5 April lalu, kerajaan mengumumkan TH memberikan hibah sebanyak 1.25 peratus, yang terendah dalam sejarah, membabitkan agihan sebanyak RM913 juta untuk 2018 untuk pendepositnya.
Tahun lalu, TH mengumumkan hibah 4.5 peratus kepada pendeposit, dan tambahan hibah haji 1.75 peratus untuk penyimpan yang belum menunaikan haji bagi 2017.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment