Write For Us

'The professor' angkat kaki dari Harimau Malaya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
'The professor' kini bukan lagi ketua jurulatih bagi skuad kebangsaan berkuat kuasa serta merta.
Dalam satu kenyataan di laman rasmi Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM), Nelo Vingada pengendali asal Portugal itu mengesahkan melepaskan jawatannya selepas berbincang dengan Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Katanya perkara ini diambil atas rasa tanggungjawab dengan apa yang berlaku dan keputusan ini telah diterima oleh TMJ.
Tambahnya, dua pembantu yang dibawa olehnya ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.
Di akhir kenyataan tersebut Nelo berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar dan beliau berbangga pernah menjadi sebahagian warga bola sepak negara walau dalam tempoh yang sangat singkat.
Untuk rekod Nelo dilantik menjadi ketua jurulatih Malaysia pada pertengahan Mac lalu selepas jurulatih Ong Kim Swee diganti untuk mengendali skuad Bawah 23 tahun negara.
Sepanjang mengendalikan skuad kebangsaan, Harimau Malaya kalah tujuh kali berturut-turut ketika kempen kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara, Hong Kong dan Lebenon.
Nelo didesak untuk melepaskan jawatannya selepas skuad kebangsaan gagal melayakan diri ke Piala Asia 2019.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment