Write For Us

'The Real Kajang Move' bazir? Ini jawab Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa projek MRT dianggap satu pembaziran sambil menyifatkan itu pendapat politik.
Kata Najib, hakikatnya projek MRT memang memberi manfaat besar kepada rakyat.
"Memang sekali projek ini memberi manfaat besar kepada rakyat. Sebab itu YB Kuala Selangor menyifatkan ini sebagai 'The Real Kajang Move'.
"Namun, kalau dilihat dari segi kesan yang diterima, memang majoriti yang besar rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan MRT.
"Kalau ada pihak yang kata bahawa ini satu pembaziran dan sebagainya, itu pendapat politik. tapi hakikat di hati rakyat projek ini memang memberi manfaat besar kepada rakyat," kata Najib dalam sidang Parlimen hari ini.
Najib menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim yang mahu mendapatkan pandangan mengenai kenyataan sesetengah individu yang menentang projek MRT yang dianggap pembaziran kepada rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment