Tiada tekanan dikenakan ke atas pihak polis berhubung siasatan mereka ke atas video seks yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.
"Saya telah nyatakan dengan jelas, tidak ada campur tangan dari sesiapa pun, tiada tekanan khusus ke atas saya, tidak ada apa-apa.
"Kami bebas menjalankan siasatan mengikut SOP (prosedur operasi standard)," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Sesetengah pihak mempersoalkan tumpuan polis terhadap dalang di sebalik pengedaran video seks itu berbanding usaha untuk memastikan sama ada rakaman itu adalah sahih.
Lebih-lebih lagi, tanda tanya juga timbul selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad menolak video itu sebagai palsu walaupun sebelum pakar mengesahkan perkara itu.
Ditanya mengenai kesahihan video itu, Hamid menjawab: "Video ... saya akan buat kenyataan nanti."
Polis telah menahan lapan individu berhubung dengan sisatan video itu, termasuk bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan pembantu politik Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador.
Selepas klip pertama didedahkan, Haziq tampil dan mengaku dirinya sebagai individu dalam video itu. Dia juga mendakwa bahawa lelaki yang terlibat dalam adengan seks sejenis bersama dirinya itu adalah Azmin.
Haziq mendakwa video itu dirakamkan di bilik hotel Azmin di Sandakan, Sabah, dua bulan lalu.
Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, menyifatkan video itu sebagai cubaan jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment