Write For Us

Tiada jaminan isteri Daim tak lari - TPP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
30 Views
Published
Pihak pendakwaan berhujah Mahkamah Tinggi harus menahan pasport Naimah Khalid kerana tiada jaminan dia tidak akan melarikan diri jika dokumen perjalanan itu dikembalikan secara kekal.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, memberitahu Hakim Ahmad Bache bahawa Naimah boleh memohon pelepasan sementara pasportnya pada bila-bila masa atas alasan munasabah.

Bagaimanapun, peguam Na’imah, M Puravalen membantah dan mahu pasportnya dipulangkan kerana mahkamah merampas dokumen perjalanan itu tanpa pihak pendakwaan memberikan alasan khusus mengapa dia akan melarikan diri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment