Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan setakat ini tiada sebarang kes keganasan melibatkan pelarian etnik Rohingya di negara ini yang dikesan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Namun, kata Shahidan, pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan tiada elemen keganasan membabitkan golongan tersebut.
“Dari segi ancaman terhadap keselamatan negara, tiada data khusus mengenai rekod jenayah yang dilakukan oleh etnik Rohingya memandangkan PDRM hanya merekodkan kes jenayah yang dilakukan oleh warga asing berdasarkan negara asal mereka dan bukannya mengikut etnik.
“Sebanyak 82 kes jenayah dilakukan oleh warganegara asing secara umumnya pada tahun ini dan daripada jumlah itu, 78 kes dilakukan oleh warganegara Myanmar. Ini merangkumi 30 kes jenayah kekerasan dan 48 kes jenayah harta benda,” katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini.
Shahidan menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang meminta kerajaan menyatakan sama ada terdapat unsur-unsur ancaman kepada keselamatan negara yang dilakukan oleh pelarian etnik Rohingya di negara ini.
Kata Shahidan lagi, sejumlah 62,153 etnik Rohingya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berada di Malaysia setakat 30 September lalu.
Jelasnya, daripada jumlah itu, 53,811 adalah pelarian manakala 8,342 adalah pemohon suaka.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment