Write For Us

'Tiada konflik'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan dua menterinya yang dilihat mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung keputusan pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Katanya, kedua-duanya mengeluarkan kenyataan yang betul, cuma masanya sahaja yang salah.
“Apa yang terjadi, kedua-duanya betul, tapi masa (membuat kenyataan) yang salah,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mensyuarat Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Petaling Jaya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dilaporkan terkejut dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali bahawa kabinet memutuskan untuk membatalkan projek ECRL.
Azmin pada 26 Januari dilaporkan berkata pembatalan projek tersebut disebabkan bayaran faedah yang tinggi yang perlu ditanggung negara iaitu sehingga RM500 juta.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment