Write For Us

Tiada laporan calon berkempen lepas tengah malam - SPR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
69 Views
Published
Semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands mematuhi peraturan kempen yang tamat tengah malam tadi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berlakunya kempen selepas pukul 11.59 malam tadi.
Mengenai proses pengundian hari ini, Azhar berkata semuanya berjalan lancar dengan 29 pusat mengundi dibuka serentak tepat pukul 8 pagi.
"Daripada penelitian saya semuanya berjalan lancar setakat ini (9 pagi) dan orang akan keluar ramai selepas ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Raja di Tanah Rata, hari ini.
Seramai 31,639 pengundi biasa layak mengundi dalam PRK Cameron Highlands hari ini yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan iaitu M. Manogaran, calon Barisan Nasional (BN) diwakili Ramli Mohd Nor serta dua calon bebas iaitu bekas pensyarah di Instititut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan petani, Wong Seng Yee.
Hanya Wong dan Sallehudin yang mengundi hari ini masing-masing di SJK(C) Bertam Valley dan SK Sungai Koyan. Manogaran dan Ramli bukan pengundi berdaftar di Cameron Highlands.
PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
- Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment