Write For Us

'Tiada masalah Naxto Insa main untuk Harimau Malaya'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaan (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata tiada masalah buat pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) Ignacio 'Natxo' Insa Bohigues untuk bermain dalam skuad kebangsaan.
TMJ menolak dakwaan bahawa pemain yang lebih dikenali sebagai Naxto Insa itu mempunyai masalah dokumentasi yang menidakkan beliau daripada bermain untuk Malaysia.
"Dia boleh bermain buat pasukan kebangsaan, kenapa dia tak boleh bermain, dia rakyat Malaysia sekarang ini"
TMJ menegaskan bahawa Naxto pasti akan mendapat panggilan untuk bermain bersama pasukan kebangsaan.
Tambah TMJ menerusi maklumat yang beliau perolehi daripada ketua jurulatih negara Nelo Vingada bahawa Naxto sendiri meminta untuk berehat.
Ini kerana menurut TMJ, sejak bermain di Sepanyol membawa kepada JDT, Naxto belum mempunyai rehat yang cukup dan Naxto berkata beliau penat dan tidak mahu bermain jika hanya boleh memberikan separuh daripada prestasi sebenarnya.
TMJ mengulangi bahawa tiada masalah dokumentasi mengenai status kerakyatan Naxto yang menjadi penghalang buat beliau bermain untuk skuad kebangsaan kelak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment