Write For Us

Tiada perbincangan untuk sertai himpunan anjuran PN - Muda

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
7 Views
Published
Muda tidak mempunyai sebarang rancangan, pada masa ini, untuk menyertai perhimpunan anjuran Pemuda PN Sabtu ini (16 September) di hadapan Sogo di Kuala Lumpur bagi membantah pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) Zahid daripada 47 pertuduhan jenayah.

Namun Setiausaha Agung Muda, Amir Abdul Hadi berkata Muda akan merancang perhimpunan bersama pertubuhan masyarakat sivil (NGO) dalam masa terdekat bagi membantah penarikan balik pertuduhan rasuah terhadap Zahid itu.

Sebelum ini, Muda membuat tiga tuntutan - AGC mesti memberikan penjelasan DNAA Zahid semasa persidangan parlimen; garis masa yang jelas untuk pengasingan pejabat pendakwa raya daripada AGC dan untuk Zahid didakwa semula di mahkamah dengan segera.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment