Write For Us

Tiada tempat untuk kebencian agama di negara ini - TPM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tidak ada tempat untuk kebencian agama di negara ini dan, sebagai pihak berkepentingan, rakyat Malaysia harus menjaga negara ini yang menjadi “tanah tumpahnya darahku” dengan sebaik-baik kemampuan mereka.
Justeru, timbalan perdana menteri berkata kerajaan tida akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menggugat keamanan dan keharmonian negara.
"Berita palsu, mesej yang mengapi-apikan dan mesej yang membangkitkan kebencian agama tidak mempunyai tempat dalam Malaysia Baharu,” kata beliau pada majlis minum teh sempena Hari Krismas di Luther Centre di sini, hari ini.
Beliau berkata rakyat Malaysia telah meletakkan kepercayaan mereka kepada kerajaan baharu untuk membawa negara ini ke era baharu keadilan yang lebih terjamin dan kemakmuran ekonomi.
“Saya ingin memberi jaminan kepada anda bahawa kita akan melakukan segala-galanya mengikut kuasa yang ada pada kita bagi merealisasikan semangat Malaysia Baharu,” kata Dr Wan Azizah.
Dr Wan Azizah berkata pada dasarnya, semua rakyat Malaysia mempunyai nilai-nilai kasih-sayang yang mengukuhkan persefahaman bersama, saling menghormati dan keharmonian antara satu sama lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment